Jumpa SS501 sudah…kya…~~

September 3rd, 2009  Tagged

Perasaan? Pegh mestila jiwakacau.

Kalau tak jumpa diorang,memangla jiwakacau. Ni dah jumpa pun jiwa kacau lagi. Memang tak percaya. Tetapi “Usaha Tangga Kejayaan” tu memang ada benarnya. kikiki.

Cheq nak cerita pun nanti akan jadi sama dengan cerita yang cheq dah post di fotopage dan Quainte501 forum. Makanya silalah melawat fotopage cheq yang dah cecah 300++ viewers sejak gambar-gambar SS501 melekat kat situ. Eheh..over pulak.

SS501… saranghae~~

http://daliela.fotopages.com

“saya tak buat kereta dia jd mcm tu, kenapa saya kena byr?”

July 20th, 2009

Bila baca tajuk cerita macam ni, sah-sah cerita pasal langgar kereta orang, lepas tu tak mengaku buat, sebab tiada bukti kukuh yang boleh meng’iya’kan kejadian tu.

Memang pun.

Selepas turun dari kereta dengan puas hatinya kerana dapat parking tepi dengan jayanya, adala sorang Mat Pendek datang menghampiri cheq. Bersama-samanya ialah Si Botak. Si Botak kata cheq langgar kereta tu masa nak masuk parking tadi. Mat Pendek kata kereta tu kereta dia. Selepas kedua-dua mat tu bagi lecture free kat cheq, dan selepas cheq kata “minta maaf cek..minta maaf cek…”Si Botak pun buat satu kesimulan:

“Senang cerita kamu bayar seratus lima puluh la, settle”

Wahhh!!! Senang je cakap. Cheq sendiri yang tengok dengan mata cheq, siap bukak pintu lagi, nak pastikan kereta cheq tak cium kereta gabak tu. Alih2 dia mintak 150 dengan senang hati?? Mana boleh? Apa ada hal?? Nak mintak pun agak2 aaa….

Tiba-tiba datang seorang encik yang meninjau2 kereta kami dan memberi komen2 membina seperti:

“Tak ada kesan pun. Baik kamu bincang2 dulu. Minta kurang ke..”

Entah di mana pulak silapnya alih2 Si Botak dan Encik Meninjau tu nak mula bertegang urat kat depan cheq. Si Botak tu tak puas hati bila Encik Meninjau kata, tak de apa2 yang berlaku. Hangin satu badan dia. Si Botak tu gaya dia ala2 samseng sikit. Bukan sikitlah, banyaklah jugak. Tinggi suara dia teramatla sangat, lepas tu siap datang dekat-dekat dengan Encik Meninjau tu. Ala..macam gaya2 samseng cari gaduh bercakap. Nasib baiklah Encik Meninjau tu “sejuk” je orang dia. Rupa-rupanya Encik Meninjau tu dari satu tempat kerja dengan cheq. Encik Meninjau telah beritahu kepada Si Botak yang dia dari satu tempat yang sama dengan cheq, jadi dia akan backing cheq. Wah terharunya.

Tiba-tiba Kak Su, housemate cheq pun datang. Dan tertanya-tanya..ape ke halnya??? Setelah diterangkan kepada Kak Su alkisahnya, Encik Meninjau pun memberi cadangan agar menghubungi polis.

Polis???Cheq malas la nak panggil polis ni. Dari benda kecik, akan jadi besar. Masalahnya Si Botak dan Mat Pendek tu minta yang bukan2. RM150??? ade ke patut??? Hantu betul. Dracula ke apa??? Memang hisap darah betul. Dah la cheq tak rasa mahupun mendengar pelanggaran yang berlaku. Hampeh…

Lalu, Encik Meninjau pun membawa cheq dan Kak Su masuk ke dalam opis satelit(?) di situ untuk meminjam telefon. Telefon siapa lagi kalau bukan polis. Dan ada la juga 2-3 orang encik di situ yang mengesyorkan agar cheq runding dulu harga ganti ruginya. Dan kami pun berkeputusan untuk tidak menelefon polis. Ada baiknya jugak. Karang tak pasal2 cheq kena tambah lecture dari polis.

Kemudian kami berempat (campur encik2 tu) pun balik semula ke bawah sinaran matahari terik dan bersedia untuk berhujah..kononnya. Masuk kali ni, bertambah-tambah pulak penonton yang datang tengok. Ada la jugak 10 orang. Memang tak berbaloi untuk kes yang sekecik tu. Nasib baik Kak Su ada.

Akhirnya, Kak Su la yang jadi perantara cheq dan dua mat tu. Runding harga “cium kereta” pun Kak Su la jugak yang tolongkan. Cheq masa tu dah takde hati nak cakap apa2. Takut tu dah jatuh nombor dua. Masa tu cheq marah dan geram sebab diorang ni unreasonable. Asal dapat je duit tu dari tangan Kak Su, terus je Si Botak tu hulur tangan nak salam dengan cheq. Apa hal pulak nak salam dengan cheq??? Salam la dengan Kak Su. Bukan cheq yang bagi duit tu. Cheq pun buat2 ala orang siam “sabadikap” tu. Tak kuasa cheq nak sentuh kulit dia. Entah-entah dia dah sapu ubat ke….jampi ke…hish.

Lepas tu terus cheq tak selera nak makan. Encik Meninjau suruh kami pergi makan tapi kejadian2 macam ni, nak -nak lagi bila ada kes dengan mat2 sengal macam tu, nak-nak lagi bila akan mkn2 dengan mat2 sengal tu, tutup sudah selera makan. Nasib baik cheq dah makan siap2 sebelum tu. Takdela rasa ralat sangat.

Maka bertambahla lagi 2 ekor katak, kerana telah disumpah….zasss.

Keretaku dicat orang

July 2nd, 2009

Ye, ada makhluk yang telah gatal tangan mencalit sedikit cat pada kereta cheq. Kuning dan putih. Sebetulnya bukan pada badan kereta tetapi pada  setiap skru tayar.

Tahniah cheq ucapkan kepada si pelaku di atas  ekspresi seni itu.

Tahniah juga kerana bakal menjadi seekor katak.

Cerita dugaan.

June 1st, 2009

Wah..dah masuk bulan Jun pun.

Cabaran sebenar akan bermula bulan hadapan.

Sejak April lagi cheq dah terima pelbagai jenis dugaan di sini. Dan semuanya - settled.

Musim cuti ni, jam pun kurang, rakyat jelata pun kurang.
Tapi bandar KK penuh orang. Itupun dugaan jugak tu. Dugaan hendak berebut parking dengan “pelancong”, dugaan berebut barang sale dengan “pelancong”. Dan dugaan nak cuti balik kampung~

Jom balik kampung.
:D

Dan hujan pun turun

May 15th, 2009

Cheq tahu megeluh itu tidak baik. Tapi, kalau di rumah kipas dipasang hingga kelajuan yang tertinggi pun masih belum redakan bahang kepanasan, bagaimana kisahnya ni?

Terus cheq menyalahkan manusia-manusia yang berotak (dan cheq) kerana pentingkan diri sendiri sehingga menyebabkan bumi kita semakin panas. Mungkin inilah balasannya. Siang malam bermandi peluh. Kulit semakin kering. Sabun mandi pun cepat habis sebab selalu mandi. Jalan-jalan di pasar malam pun kena bawak kipas ‘kenduri-yang-door-gift’ tu.

Nasib baik hari ni, doa cheq dimakbulkan. Hujan turun melimpah-ruah. Walaupun bukan sepanjang hari, tetapi cheq masih bersyukur kerana hujan masih sudi untuk turun menyejukkan kami di bawah ni.

Terima kasih Tuhan.

Who is Siao Lang?

April 15th, 2009  Tagged

I wonder who he is? Is he a local person. He looks familiar.

He looks like Kyu Jong, but maybe not as tall as Kyu Jong.

Siao Lang is his name. Malam tadi cheq tengok “Mr. Siao’s Mandarin Class”. Pada firasat cheq, bagus juga rancangan ni sebab bolehla cheq “revise” balik ilmu bahasa mandarin yang dah lama cheq tak praktikkan. Nampaknya, rancangan ni tidak membosankan, apatah lagi tidak diisi dengan lawak-lawak bodoh. Sebaliknya, setiap karakter punya imej yang tersendiri, dan cara penyampaian yang kelihatan segar.

Looking forward for the second episode, next wednesday at 9pm.

Doing good

April 4th, 2009

Place is good

People is good

Food is good as well

Maybe it’s my luck. And I still want my days here showered with luck.

Thank you all for the support and guidance.

Syukur~

D-1

March 30th, 2009

My last day (31st march) in Johor.

I will work harder and claim my prize(s).

All the best to me.

Manse~

D-7 and doubleS

March 23rd, 2009

Sedang menghitung hari.

Tapi cheq tak suka sangat melayan perasaan tu. Jadi cheq alihkan perhatian cheq dengan menonton video realiti tv dan “game show”. Nasib baik banyak yang telah di “fan-sub-kan” kerana rancangan-rancangan ini dari korea belaka.

Kalau ikutkan hati, banyak perkara yang perlu dirisaukan. But this time i’m going to play cool. Bukan bermaksud menipu perasaan sendiri. Tetapi menyusun langkah dengan tenang dan yakin dengan ketentuan-Nya.

Kali ni cheq akan pastikan hadiah utama itu menjadi milik cheq. Cheq akan buat yang terbaik.

  • SS501 - Julai 2009.
  • TOKYO/OSAKA 2010.

Sape nak join..jom~ Sama-sama kita membina impian dan mencapainya!

********************************************************************************

Cheq dah lama tak mengikut “boy band”, sebab 1: mereka hanya mengutamakan paras rupa, sebab 2: suara macam budak sekolah menengah, 3: sebab mereka memang xde harapan nak pergi jauh.

Tetapi, persepsi cheq berubah bila mengenali SS501. I do not prefer them to be known as  “boy band” or “idol group”. They are stars.

Bila membuat kerja-kerja yang perlukan ketelitian (isi borang),  seawal pagi jam 1:26, cheq lebih suka lagu2 yang “mellow” menjadi teman. Macam lagu dari SS501 ni:

Never Again - SS501(click here).

Black Glasses

March 19th, 2009  Tagged ,

Hai. Sekarang ni cuaca tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan.

Jadi jangan lupa jaga kesihatan diri. Minum air yang banyak. Dan jangan main hujan, nanti demam~ (macam dialog pendekar mustar dalam filem pendekar bujang lapok.

Kali ni cheq nak kongsi satu video klip bertajuk Black Glasses. Video ni dah lama diterbitkan, kalau tak silap dari tahun 2006. Istimewanya video ni ialah ia punya jalan cerita, macam tengok filem. Dan yang paling utama ialah, pelakon utama dalam video ini ialah Kim Hyun Joong. Kalau ada sesiapa yang sedang menonton Boys Over Flowers sekarang ni, KHj lah yang melakonkan watak Ji Hoo.

So, this is a must watch mv (comes with english subs too).

http://www.youtube.com/watch?v=qB-0lwmALOw

Tapi perlu diingat bahawa KHJ hanya berlakon sahaja di dalam video ini. Dia bukanla penyanyi asal lagu ini. Jadi untuk melihat wajah sebenar penyanyi lagu ini, Eru, boleh la klik pada link berikutnya, persembahan secara live:

http://www.youtube.com/watch?v=r9hU-QVqkAQ

Em…ada sesiapa perlukan tisu?